Mujtahid bukan cuma Banyak kitab hadis dan belajar Perpustakaan




Keinginan umat Islam masa kini untuk kembali kepada Islam di setiap tempat merupakan khabar gembira buat kita. Imi suatu yang jelas di setiap tempat walaupun kebanyakan daripda mereka mendapat tentangan yang hebat.

Kebangkitan Islam dapat dilihat dari pelbagai sudut terutama dalam sudut penggurusan negara Islam). harta, penubuhan syarikat-syarikat Islam, pertubuhan-pertubuhan Islam, penerbitan buku-buku yang membicarakan tentang pengharaman sistem riba dan sebagainya, di kebanyakan tempat (terutama di negara-negara Islam).

Suatu khabar gembira yang lebih bernilai ialah, kebangkitan Islam dari sudut ilmiah, perbincangan mengenai "Seruan untuk Kembali kepada Sunnah Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam)". Begitu banyak sekali buku-buku yang diterbitkan mengenai Hadis-hadis Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) yang terkenal maupun yang tidak terkenal.

Kebanyakan daripada buku-buku mengenai Hadis-hadis Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) tersebut, tidak disyarah dan jelaskan oleh ulama'-ulama' ahli fiqh, secara terperinci mengenainya. Oleh karena itu, hal ini menyebabkan sebagian pembaca yang tidak mempunyai bekal ilmu fiqh yang mantap, ataupun yang tidak belajar dari ulama'-ulama' lebih dulu, akan keliru dan seterusnya. pemahamannya akan bertentangan dengan maksud sebenarnya dari Hadis-hadis yang dibacanya. Kemungkinan besar juga, si pembaca tersebut akan terdorong untuk mengamalkan seluruh Hadis-hadis yang dinilai sebagai Hadis-hadis Sahih oleh segolongan ahli Hadis (tanpa menilai adakah hadis-hadis itu digunakan atau tidak oleh ulama'-ulama').

Kemungkinan juga, si pembaca yang cetek ilmu tersebut, akan berkata kepada dirinya: "kami beramal dengan hadis ini untuk satu hal, dan satu hal yang lain, ditinggalkan hadis ini (tidak beramal dengan Hadis tersebut)". Si pembaca yang kurang ilmunya itu tidak bertanya terlebih dahulu kepada ulama'-ulama' yang khusus dalam bidang syariah yang masih hidup, mahupun membaca ulasan-ulasan pada buku-buku karangan ulama'-ulama' Muktabar yang telah tiada, mengenai Hadis-hadis yang dibacanya. seperti Fathul Bari karangan Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, Syar Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi, dan sebagainya.

Dia juga tidak mempelajari tentang ilmu Al-Arjah (Hadis-hadis yang paling kuat untuk digunakan dalam berhujah pada masalah syariat), tidak mengetahui yang mana hadis yang diriwayatkan terlebih dahulu dan yang mana yang diriwayatkan kemudian, yang mana hadis yang khusus dan yang mana hadis yang diriwayatkan khas untuk keadaaan tertentu, yang mana ilmu-ilmu tersebut amat penting dalam memahami dan mengkaji maksud sesuatu hadis.

Kadang-kadang pembaca buku-buku Hadis, yang kurang ilmunya, apabila telah jelas sesuatu hadis, dia menyangka bahwa Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) kadang-kadang lupa apa yang pernah Baginda (sallallahu'alaihi wasallam) pernah sabdakan, kemudian menukar perkataan Baginda (sallallahu'alaihi wasallam) yang berlainan dengan kata-kata Baginda (sallallahu'alaihi wasallam) sebelum itu, walaupun pada hakikatnya, Baginda (sallallahu'alaihi wasallam) seorang yang Ma'shum (tidak berdosa dan melakukan kesalahan). Allah s.w.t. juga pernah berfirman: (( Kami akan bacakan (beri wahyu) kepadaMu (Hai Muhammad), maka janganlah Kamu melupakannya )).

Maka, para penuntut ilmu yang ingin mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadis Baginda s.a.w. yang diriwatkan oleh para ulama' hadis dalam kitab-kitabnya, perlu juga merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang dikarang oleh ulama'-ulama' fiqh. karena, didalamnya terdapat adunan adunan daripada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dalam bentuk praktikal yang dikenali sebagai ilmu fiqh.

Seperti yang dapat dilihat dari kaca mata sejarah, sebagian ulama'-ulama' hadis yang agung di zaman salaf yang soleh juga, amat menghormati dan memuliakan ulama'-ulama' Fiqh yang mahir dalam bidang Hadis juga, yang Allah pelihara mereka daripada menyelisihi dengan Hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam). Bahkan, mereka turut mempelajari makna-makna hadis yang mereka riwayatkan daripada ulama-ulama fiqh yang muktabar. 

Abdullah bin Mubarak (seorang ulama' Hadis dari Khurasan) r.h.l. pernah berkata: "Jika Allah s.w.t. tidak membantu saya dengan perantaraan Abu Hanifah dan Sufian (dua ulama' Fiqh), nescaya aku sama saja seperti orang awam (yang tidak memahami Hadis-hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) ".[1]

Sufian bin 'Uyainah r.h.l. pernah berkata: "Orang yang pertama membantu saya dalam memahami hadis dan menjadikan saya seorang ahli Hadis ialah Imam Abu Hanifah (seorang ulama' fiqh)"[2] 

Abdulla bin Wahab r.h.l. (seorang ahli hadis juga sahabat Imam Malik r.h.l.) juga pernah berkata: "saya telah berjumpa dengan tiga ratus enam puluh ulama', (bagi saya) tanpa Imam Malik dan Imam Laith r.h.l (ulama'-ulama' Fiqh), nescaya saya akan sesat dalam ilmu."[3]

Beliau juga diriwayatkan pernah berkata: "Kami mengikuti empat orang ini dalam ilmu, dua di Mesir dan dua orang lagi di Madinah. Imam Al-Laith bin Sa'ad dan Amr bin Al-Harith di Mesir, dan dua orang lagi di Madinah ialah Imam Malik dan Al-Majishun. Jika tidak krna mereka, nescaya kami akan sesat."

Imam Al-Kauthari r.h.l. berkata di dalam kitab Al-Intiqa' karangan Ibn Abdil Bar, telah berkata Abdullah bin Wahab (dari sanad Ibn 'Asakir): "Jika tiada Imam Malik bin Anas dan Imam Al-Laith Sa'ad, nescaya saya akan binasa. Dulu, saya menyangka setiap yang datang dari Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) (As-Sunnah dan Al-Hadis), perlu diamalkan".

Maksud kesesatan dalam perkataan beliau ialah: pertentangan dengan maksud Hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam). Kemudian, Imam Al-Kauthari mengulas: "Kesesatan yang dimaksudkan seperti yang berlaku pada kebanyakan manusia yang jauh dari ilmu Fiqh dan tidak dapat membedakan tentang hadis yang diamalkan dan selainnya. [4]

Al-Qodhi 'Iyadh r.h.l. meriwayatkan, Ibn Wahab r.h.l. juga pernah berkata: "Andai Allah s.w.t. tidak menyelamatkan saya dari kesesatan melalui Imam Malik dan Al-Laith r.h.l., nescaya saya akan sesat." Beliau ditanya: "Mengapa begitu?" Beliau menjawab: " Saya telah menghafal banyak hadis-hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam), sehingga timbul pelbagai persoalan. Kemudian, saya pergi ke Imam Malik dan Al-Laith untuk bertanya mengenainya, maka mereka berkata kepada saya: "Hadis ini kamu amalkan dan ambil ia sebagai hujah, dan hadis yang ini pula kamu tinggalkan (tidak perlu menggunakannya)."[5] 

Sufian bin 'Uyainah pernah berkata: "Hadis itu menyesatkan kecuali kepada Al-Fuqoha' (ulama' ahli Fiqh). Kadangkala, suatu hadis itu tidak boleh dipegang secara dhahir saja, malah ada ta'wilannya. Kadangkala, sesuatu Hadis itu pula ada maksud yang tersembunyi. Ada juga Hadis yang perlu ditinggalkan dengan sebab-sebab tertentu, yang mana, semua itu hanya diketahui oleh orang yang mahir dan berilmu luas khususnya dalam Fiqh (kefahaman)."[6]

Ibn Rusyd r.h.l. pernah ditanya tentang kata-kata: "Hadis itu menyesatkan kecuali bagi ahli Fiqh". Beliau ditanya lagi: "Bukankah seorang ahli Fiqh itu juga perlu tahu mengenai Hadis terlebih dahulu.?!" Beliau menjawab: "Kata-kata itu bukanlah dari Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam), ia merupakan kata-kata Ibn 'Uyainah r.h.l. dan ahli-ahli Fiqh yang lain,tetapi Maksud kata-kata itu tepat, krna kadangkala, sesuatu hadis itu diriwayatkan dalam sesuatu keadaaan yang khusus, tetapi maknanya umum, begitu juga sebaliknya. Ada juga Hadis yang Nasikh dan Hadis yang Mansukh (tidak digunakan lagi). Kadangkala pula, ada hadis yang secara dhahirnya seolah-olah menyerupakan Allah dengan makhluk (Tasybih). Ada juga hadis yang maksudnya hanya diketahui oleh para ahli Fiqh sahaja. Barangsiapa yang hanya mengumpul hadis tetapi tidak memahaminya tidak dapat membedakan antara hadis yang maksudnya umum atau khusus. Oleh krna itu, ahli Fiqh (Faqih) itu bukanlah orang yang sekadar mengetahui tentang Hadis-hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) saja, bahkan memahaminya secara mendalam. Jika seseorang itu tdak mampu memahami secara mendalam dalam masalah hadis mahupun Fiqh, maka dia bukanlah seorang ahli Fiqh (Faqih), walaupun dia mengumpul banyak Hadis-hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam). Inilah sebenarnya maksud kata-kata Sufian bin 'Uyainah.[7]

Abdullah bin Mubarak r.h.l. pernah berkata mengenai fiqh Imam Abu Hanifah r.h.l.: "Jangan kamu katakan fiqh ini (mazhab Imam Abu Hanifah) merupakan pendapat beliau, tetapi katakanlah, ia (mazhab Abu Hanifah) merupakan tafsiran bagi hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam).[8]

Sebagian orang, hanya membaca matan-matan hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) saja, tanpa menghiraukan ulasan-ulasan ahli-ahli Fiqh yang giat secara khusus dalam mengkaji hadis-hadis tersebut, mengenai hadis-hadis tersebut.. Mereka berfatwa dan mengemukakan hadis-hadis yang diragui kesahihannya disisi Imam-imam terdahulu yang 'Alim, dalam masalah hukum dan percakapan mereka.

Kadangkala, mereka menolak ulasan-ulasan ulama'-ulama' yang 'Alim, mengenai kedudukan hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam), dan bersangka buruk pula kepada ulama'-ulama' tersebut. Ada dikalangan mereka melemparkan tuduhhan yang buruk atas ulama'-ulama' muktabar tersebut serta pengikut-pengikut mereka dan mengatakan bahwa mereka (ulama'-ulama' terdahulu dan pengikut-pengikutnya) jahil tentang hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam). Amat buruklah tuduhan mereka itu!

Imam Ahmad bin Hanbal r.h.l. pernah bekata (seperti yang diriwayatkan oleh anaknya Soleh r.h.l.): "seseorang yang ingin memberi fatwa perlul terlebih dahulu memahami keseluruhan Al-Qur'an, mengetahui sanad-sanad hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) dan mengetahui Sunnah-sunnah.[9]

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal r.h.l. berkata, "saya pernah bertanya kepada ayah saya (Ahmad bin Hanbal r.h.l.), tentang seorang pemuda yang memiliki banyak kitab-kitab mengenai hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) dan himpunan kata-kata paa sahabat r.a. dan para tabi'in r.h.l., tetapi tidak mengetahui tentang kedudukan sesuatu hadis tersebut sahih atau sebaliknya, adakah dia boleh beramal sesuka hatinya? Ataupun, adakah dia layak memilih hadis mana yang dia mahu gunakan, dan memberi fatwa atau beramal dengannya? Imam Ahmad bin Hanbal menjawab: "Tidak! Sehinggalah dia bertanya kepada ulama' mengenai hadis mana yang boleh digunakan. Kemudian, barulah dia boleh beramal dengannya (hadis yang disahkan kesahihannya oleh ulama' yang ditanya mengenainya)."[10] 

Imam As-Syafi'e r.h.l. pernah menegaskan: "Seseorang tidak boleh memberi fatwa dalam agama Allah kecuali dia mengetahui keseluruhan Al-Qur'an dan ilmu-ilmunya seperti nasikh dan mansukh, ayat muhkam dan mutasyabih, ta'wil dan tanzil, ayat makkiyah atau madaniyyah. Dia juga perlu mengetahui tentang hadis-hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam), serta ilmu-limunya ('ulumul hadis) seperti nasikh dan mansukh, dan lain-lain. Setelah itu, dia juga pelu menguasai Bahasa Arab, Sya'ir-sya'ir Arab, dan sastea-sasteranya (kerana Al-Qur'an dan Hadis dalam Bahasa Arab dan mengandungi kesasteraannya. Setelah itu, dia juga pelu mengetahui perbezaan Bahasa Arab di kalagan setiap ahli masyarakat Arab. Jika dia sudah menguasai keseluruhan pekara-perkara tersebut, barulah dia layak memberi fatwa mengenai halal dan haram. Jika tidak, dia tidak layak untuk memberi fatwa."[11]

Khalaf bin Umar r.h.l. telah berkata: "Saya mendengar Malik bin Anas (r.h.l.) berkata: "Saya tidak pernah duduk untuk memberi fatwa sehingga saya bertanya terlebih dahulu kepada orang yang lebih 'alim dari saya tentang kelayakan saya untuk berfatwa. Saya pernah bertanya terlebih dahulu kepada Rabi'ah (r.h.l.) dan Yahya bin Sa'id, sedangkan mereka menyuruh saya untuk berfatwa. Maka, saya menegaskan: "Wahai Aba Adullah, adakah tidak mengapa untuk saya berfatwa sedangkan kamu ada di sini?" Beliau menjawab: "Saya tidak layak berfatwa. Tidak layak bagi seseorang itu, menganggap dirinya layak untuk sesuatu perkara, sehingga dia bertanya kepada seseorang yang lebih mengetahui darinya."[12]

Mka, jelaslah berdasarkan kata-kata ulama'-ulama' salaf yang dinukilkan oleh Sheikh Habib Al-Kairanawi r.h.l., telah menolak pendapat orang-orang mewajibkan setiap orang untuk berijtihad. Kemungkinan, mereka salah faham terhadap perkataan-perkataan sesetengah ulama' dalam karangan-karangan mereka, padahal femahaman yang salah itu, amat bertentangan dengan femahaman jumhur ulama'. Kemudian, golongan tersebut memperjuangkan faham yang salah ini, dan mengajak seluruh umat Islam mengikuti pendapat tersebut (walaupun pada hakikatnya amat betentangan dengan faham yang sebanar). Akhirnya, tejadilah kekacauan dan pertelingkahan dikalangan umat Islam, disebabkan oleh perjuangan terhadap femhaman yang salah ini (yang mewajibkan setiap orang berijtihad). Na'uzubillah min zalik.

Salah faham ini sebenarnya membawa kepada pepecahan dikalangan penuntut-penuntut ilmu dan akhirnya membawa kepada permusuhan dan saling jauh menjauhi antara satu sama lain. Hal ini akan menyebabkan terputusnya tali persaudaraan yang Allah s.w.t. menyuruh umat Islam menyambungkannya (tali persaudaraan Islam).

Kita perlulah mempelajari ilmu dari ahli ilmu yang muktabar dari sudut ilmunya, bukan sekadar membaca buku-buku imiah tanpa dibimbingi oleh seseorang guru yang alim. krna, barangsiapa yang tiada guru yang membimbingnya dalam mendalami samudera ilmu Islam dalam kitab-kitab, maka syaitanlah yang akan menjadi pembimbingnya. Bahkan, para ulama' muktabar turut menyeru agar ilmu agama dipelajari oleh kaedah isnad, di mana femahaman tentang agama Islam diambil dari para ulama' yang jelas sanad ilmunya bersambung kepada Rasulullah s.a.w.

Nas-nas di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah bagaikan bahan mentah bagi Syariat Islam. Ia perlu diadon dengan acuan-acuan ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu Asbabun Nuzul, Asbabul wurud, ilmu rijal, ulumul Qur'an, ulumul Hadis, usul Fiqh dan sebagainya. Sheikhuna As-Syarif, Al-Habib Yusuf Al-Hasani h.f.l. pernah menyebut bahwa "siapa yang tidak menguasai ilmu-ilmu tersebut, namun ,mencuba mengamalkan hadis-hadis yang dibacanya tanpa bimbingan guru-guru yang alim, bagaikan mengambil daging mentah dari peti sejuk dan memakannya begitu saja. Bukankah itu memudaratkan diri sendiri"

Jika kita dikalangan orang awam, bukan ahli ilmu, maka bertanyalah kepada orang yang 'alim, dan janganlah beijtihad sendiri terhadap nash-nash. Allah telah berfirman:

(( فسئلوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون))

Maksudnya: Bertanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui (akan sesuatu perkara).

Wallahu'alam

[1] Kitab "Tibyiidh As-Shohafiyyah" m/s 16
[2] Kitab "Jawahir Al-Mudhiyah" jilid 1 m/s 31
[3] Ibn Hibban, muqoddimah Kitab "Al-Majruhin"
[4] Ktab "Al-Intiqa' fi Fadhail Al-A'immah Ath-Thalathah Al-Fuqoha'" m/s 27-28
[5] Kitab "Tartib Al-Madarik" jilid 2 m/s 427
[6] Imam ibn Abi Zaid Al-Qairawani, "Al-Jami'" m/s 118
[7] Abu 'Abbas Al-Wansyarishi "Al-Mi'yar Al-Mu'rab" jilid 12 m/s 314
[8] Kitab "Manaqib Al-Muaffaq Al-Makki" m/s 234
[9] Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah, "I'lamul Muaqi'iin", jilid 2 m/s 252
[10] Al-Faqih Shiekh Habib Ahmad Al-Kairanawi m/s 5, dipetik dari "I'lamul Muaqi'iin"
[11] Ibid m/s 6 dipetik dari kitab "Al-Faqih wal Mutafaqqih" karangan Al-Khatib Al-Baghdadi.
[12] Ibid m/s 6, dipetik dari kitab "Tazyiin Al-Mamalik" karangan Imam As-Suyuti m/s 7-8

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Jenazah Tidak Wajib dimandikan Jika Bisa Mandi Sendiri

Hukum Menggunakan Jalan Umum untuk Hajatan Pernikahan

Pelaku Bom Bunuh Diri Bukan Mati Syahid