Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2014

Dasar Bagi Orang Awam dalam Berinteraksi dengan Nas-nas Mutasyabihat Bag 3

Gambar
shaykh al-habib umar hamed al-jeelani Dasar Kelima: Al-Imsaak (menahan diri) Imam Al-Ghazali r.a. berkata: "Dasar Kelima ialah Al-Imsaak iaitu, tidak menukarkan lafad-lafad tersebut dengan perkataan-perkataan lain menurut bahasa yang lain, ataupun menambahkan perkataan tersebut, atau menguranginya, bahkan, dia tidak menuturkan melainkan dengan lafad tersebut. Al-Faqir mengulas dengan bantuan Allah s.w.t.: Imam Al-Ghazali r.a. menggariskan dasar kelima ini bagi orang awam, supaya tidak mengubah lafad nas-nas mutasyabihat tersebut dan membiarkan lafad tersebut tanpa penambahan. Contohnya, jika Allah s.w.t. berkata yadd Allah, seseorang tidak boleh mengubahnya dengan mengatakan : tangan Allah krna perkataan yadd itu sendiri tidak diketahui maknanya oleh orang orang awam, dan bukanlah makna dhahirnya (yang mengandungi makna kejisiman) yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t.. Seterusnya, Imam Al-Ghazali r.a. mensyarahkan dengan panjang lebar berkenaan hal ini, dengan menjelaskan enam peruba

Dasar Bagi Orang Awam dalam Berinteraksi dengan Nas-nas Mutasyabihat Bag 2

Gambar
Shaykh aljayli Dasar Ketiga: Al-I'tiroof bi Al-'Ajzi (Mengakui Kelemahan dirinya.) \ \Imam Al-Ghazali r.a. berkata tentang dasar ketiga ini: "Kaedah Ketiga:mengakui kelemahan. Iaitu, seseorang mengakui bahwasanya, ilmu untuk mengetahui hakikat dan maksud perkataan (mutasyabihat) tersebut, bukanlah atas kadar kemampuannya, bahkan bukan urusannya untuk mengetahui maksud sebenarnya dari perkataan mutasyabihat tersebut." Seseorang muslim perlu menyadari hakikat diri bahwasanya, tidak ada seseorang pun yang mampu mengetahui hakikat sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna. Ini krna, hakikat Allah s.w.t. itu qadim yang tidak ada pendahuluan dan baqi iaitu tidak ada  akhir. Jadi, tidak ada  seorang pun mampu mengenal seluruh sifat-sifat Allah s.w.t. secara menyeluruh. Bahkan, bagi orang awam, hendaklah dia mengakui kelemahan dirinya dalam mengetahui makna-makna ta'wil dari perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut, dan menyerahkan makna sebenarnya kepada Allah s.w.t.. Bahka

Dasar Bagi Orang Awam dalam Berinteraksi dengan Nas-nas Mutasyabihat Bag 1

Gambar
allama hasab bin saeed yamani (Uraian Ringkas Bab Pertama DARI kitab Risalah Iljamul' Awam karangan Imam Al-Ghazali r.a..) Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali r.a. berkata: "Ketahuilah bahwasanya kebenaran yang jelas itu seperti yang dijelaskan oleh ahlul basa'ir (orang yang tajam mata hatinya) ialah mazhab Salaf, iaitu yang saya maksudkan di sini, ialah, mazhab para sahabat dan tabi'in , dan saya akan menjelaskannya beserta dalil-dalinya. "Maka saya berkata: Hakikat mazhab salaf, yang merupakan mazhab yang yang benar menurut pandangan kami (ulama' Islam), iaitu, apabila sampai suatu hadith yang mutasyabihat kepada orang awam (kaum muslimin yang awam)  maka wajib bagi mereka (orang awam tersebut) berpegang dengan tujuh perkara iaitu: Taqdis (menyucikan Allah s.w.t.), kemudian Tasdiq (membenarkan apa yang disampaikan oleh Allah s.w.t.), kemudian mengakui kelemahan (dalam memahami nas-nas mutasyabihat tersebut), bersikap berdiam diri (tidak mendalami permasalahan