Penjelasan Atas Perbedaan Antara Fana' dan Baqa' Dengan Ittihad dan Hulul
(Maulana Sheikh As-Sayyid Muhammad Zakiyuddin Ibrahim r.a. dan Sayyidi Sheikhna As-Syarif Yusuf bin Muhyiddin Al-Bakhour Al-Hasani) oleh Al-Abd' Al-Faqir ila Rabbihi Al-Qowiy Al-Qadir Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi Pengenalan Telah tersebar dalam kalangan awam, suatu kekeliruan yang terlalu halus, sehingga membawa kepada percampuran antara yang hak dan yang batil, sehingga sebahagian daripada mereka menggunakan perkataan-perkataan yang hak, dengan tujuan kebatilan. Sebahagian daripada mereka menggunakan perkataan-perkataan sebahagian para sufi yang sahih, dengan maknanya yang batil, demi bertujuan mengikut hawa nafsu mereka, lalu muncul segelintir ahli ilmu yang tidak mendalami istilah-istilah kaum sufi dengan mafhum mereka sendiri, untuk menghukum secara mutlak, kesesatan para sufi secara menyeluruh. Ia adalah berkenaan dengan ahwal para sufi yang kamil. Iaitu fana' dan baqa', yang mana, sebahagian orang-orang awam atau mendakwa sebagai sufi, padahal tidak